SLIDE-1-TITLE-HERE

Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com[...]

SLIDE-2-TITLE-HERE

SLIDE-3-TITLE-HERE

If you are going [...]

SLIDE-4-TITLE-HERE

Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com[...]

SLIDE-5-TITLE-HERE

Kutipan pinjaman PTPTN

Kutipan pinjaman PTPTN macam along

Saya ingin membawa pembaca untuk menilai sejauh manakah kewujudan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dalam membantu bakal siswazah melanjutkan pengajian dengan lebih tinggi lagi. PTPTN ditubuhkan mengikut Akta Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang berkuatkuasa 1 Julai 1997 dan beroperasi 1 November 1997.

Pada awal penubuhannya, ramai ibu bapa tertanya-tanya apakah tabung ini dapat membantu anak mereka melanjutkan pengajian sama ada di institusi pengajian tinggi awam atau swasta (IPTA/S). Sekiranya benar, sudah tentu kewujudan tabung ini mampu memberi 1001 rahmat kepada ibu bapa dan membuka lembaran baru kepada bakal siswazah. Semangat berkobar-kobar untuk melanjutkan pelajaran menjadi lebih tinggi dengan adanya tabung ini.

Justeru, tidak hairanlah ibu bapa menarik nafas panjang apabila anak mereka termasuk dalam senarai peminjam yang layak. Tahniah, namun selepas tamat pengajian, tibalah masanya wang yang dipinjam perlu dibayar semula. Bermulalah surat menyurat dalam bentuk peringatan dihantar kepada peminjam walaupun mereka masih terkial-kial untuk mencari peluang pekerjaan. Setiap surat itu disertakan juga jumlah yang dipinjam dan wajib dibayar. Turut dicatatkan ialah kos pentadbiran yang perlu dibayar sebanyak RM48.75 bagi ijazah lulusan IPTA dan ratusan ringgit lagi bagi ijazah lulusan IPTS.

Kos pentadbiran bertambah setiap bulan dan terus bertambah tidak membayar pinjaman. Bayangkanlah, sekiranya setiap peminjam perlu membayar sejumlah RM48.75 yang dikatakan kos pentadbiran, berapa banyakkah untung diperoleh oleh pemiutang? Sudah tentu banyak. Namun, tidak semua yang berhutang tidak mahu menjelaskan hutang mereka. Ada kalangan graduan yang masih tidak mendapat pekerjaan tetap, tetapi sanggup bersusah payah membayar semata-mata kerana tanggungjawab sosial. Ada yang membayar RM100 sebulan tetapi jika ditolak kos pentadbiran, mereka hanya membayar RM 51.25. Inilah yang menjadi dilema setiap peminjam.

Saya bukan menyalahkan PTPTN semata-mata, tetapi, sudah tiba masanya perkara ini perlu dikaji semula. Saya bersetuju dengan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M Kayveas yang menyatakan kerajaan perlu memansuhkan semula kos pentadbiran PTPTN yang membebankan peminjam. Jika perkara ini terjadi, sudah tentu ia tidak membebankan si peminjam yang ingin membayar semula pinjaman mereka.

Baru-baru ini, PTPTN menghantar sepucuk surat peringatan kepada peminjam untuk proses bayaran balik pinjaman. Apa yang menyedihkan, surat ditandatangani Zulkifli Ansari dari Bahagian Penguatkuasaaan dan Kutipan Balik PTPTN umpama along yang berselindung di sebalik nama perbadanan milik kerajaan. Kenyataan yang dikeluarkan melalui surat itu mengkehendaki bayaran dibuat melalui potongan gaji dengan mengisi borang maklum balas yang disertakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat itu dikeluarkan. Surat itu juga menyatakan, setiap peminjam perlu menjelaskan bayaran tertunggak dan bayaran ansuran semasa dengan kadar segera hingga arahan potongan gaji bermula walaupun sudah memulakan bayaran balik pinjaman RM100 sebulan bermula pada Ogos 2006 lalu.

Tindakan itu menunjukkan betapa tidak logik rasional PTPTN untuk mendapatkan bayaran balik melalui surat itu. Inikah yang dikatakan tabung yang banyak membantu mereka yang memerlukan dan bangga dengan apa yang dilaksanakan?

Kami muak dengan isu PTPTN ini. Mungkin penyebab utama mereka yang meminjam melalui tabung ini dan tidak mahu membayar semula disebabkan kos pentadbiran yang cukup tinggi serta membebankan setiap peminjam.

Cukuplah kita hari ini dimomokkan dengan kenaikan harga barang yang tiada kesudahan. Cukuplah dengan isu graduan menganggur yang hampir pasti tidak tahu ke mana arah tujuannya. Kepada peminjam yang belum mempunyai pekerjaan tetap tetapi bermurah hati untuk membayar pinjaman itu, tahniah diucapkan. Teruskan pembayaran anda walaupun pendapatan anda tidak seberapa dan kos pentadbiran tetap tidak dikurangkan. Terima kasih kepada PTPTN kerana mengingatkan setiap peminjam dengan sepotong hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Diri seseorang mukmin itu masih bergantung kepada hutangnya sampai hutang itu dibayar."

Kepada PTPTN, hayati ayat al-Quran ini: "Hai orang beriman, janganlah kamu makan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang yang kafir." [Surah Al-Imran (3):130-131]

MUHAMMAD LUKMAN HARUN,
Ipoh, Perak.

By Syed Mohd Adib with No comments