Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakanku..
Untuk makluman semua, inilah kali pertama aku membuat
'posting' di dalam blog dtkpuo ini. Tujuan aku melayangkan
'post' ni adalah untuk mengingatkan kita semua tentang Bulan Ramadhan dan juga Syawal. Apakah yang telah kita buat sepanjang ramadhan ini dan juga menjelangnya Syawal...
Sehingga hari ini, sudah 12 hari kita berpuasa. Cuba kita renungkan apakah yang kita telah buat sepanjang 12 hari ni?
Bagaimana dgn niat kita berpuasa? Adakah kita sudah berniat setiap kali bgn sahur? Adakah kita terus tidur selepas sahur tanpa menunaikan solat subuh dahulu? Adakah kita telah mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam tanpa lalai atau asyik bekerja sehingga terlupa menunaikan fadhu? Adakah kita berbuka sekadar hanya untuk mengalas perut ataupun makan dengan kenyang a.k.a melantak sampai tidak larat menunaikan maghrib? Adakah kita terus menunaikan solat maghrib sejurus selepas berbuka puasa ataupun duduk bersembang dahulu? Adakah kita menunaikan solat tarawih beserta solat witir pada malam hari ataupun lebih mengutamakan keseronokan dunia di malam hari? Berapa kali kita membuka kitab Al-Quran, membacanya dan cuba memahaminya setiap hari? Adakah kita buat sume apa yang tertulis disini?
To be honest, aku sendiri pun xbuat kesemua yang ada diatas tu dengan lengkapnya. Tujuan aku
'post' ni pun adalah untuk memunasabahkan diri aku dan juga rakan-rakanku. Sewajibnya, kita mesti berusaha dengan gigih supaya kita dapat memanfaatkan ramadhan yang mulia ini dgn perkara-perkara yang berfaedah. Tinggal 18 hari lagi (mungkin) untuk kita memperbaiki puasa kita dan amalan kita di bulan yang mulia ini kerana Ramadhan seterusnya hanya akan datang setahun sekali yakni 365 hari lg.
Menjelang Syawal pula. Apakah yang harus kita buat pada waktu ini? Seharusnya kita pergi menunaikan Solat Tarawih tanpa tinggal dan menguatkan usaha kita untuk beribadat kepada Allah S.w.t. Jawapan bocor telah diberi bahawa pada 10 malam yang terakhir akan akan 1 malam dimana jikalau kita beribadat pada malam ini pasti kita akan mendapat ganjaran seperti beribadat 1000 tahun lamanya. (Betulkan aku kalau salah)
Menjelang syawal juga, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat fitrah. Kepada mereka yang telah bekerja sememangnya patut untuk mereka membayar zakat fitrah dengan wang pendapatan mereka sendiri tanpa bergantung harap kepada ibu bapa untuk membayarnya untuk kita. Yela, DVD movie boleh beli takkanlah zakat fitrah yang xsilap aku bawah rm5 xmampu kita nak bayar kan?
Hmmm.. Sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki diri kita di bulan yang mulia ini. Apa yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan apa yang buruk itu datangnya daripada aku. Sekian. Wassalam....
P/S: Tidak ada kerja, so elokla aku mencoret sesuatu disini...
*Comment membina diperlukan!!!